Tak lama lagi anda boleh naik kereta elektrik pertama Malaysia. Kereta elektrik pertama Malaysia mulai terbentuk dengan siapnya prototaip kenderaan itu berdasarkan model Proton Saga terbaru.
Prototaip yang dilancarkan buat pertama kalinya hari ini, dibina dengan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Proton, pembuat kereta nasional. Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata prototaip itu memberikan mereka keyakinan untuk membuat kereta elektrik yang lebih baik dan berharap ia akan dikeluarkan secara besar-besaran tidak lama lagi.
“Peringkat pertama pengesahan produk secara menyeluruh telah siap. Ini memberikan kami banyak keyakinan yang sistem itu akan berjaya digunakan sebagai sebuah kereta.
“Dan saya rasa peringkat berikutnya ialah ujian awal oleh orang ramai dan menambah jumlah produk, dan akhirnya kami akan melaksanakan pengeluaran besar-besaran, : Sumber : BH
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang berkata, prototaip itu melalui penyelidikan dan pembangunan sejak 11 bulan lalu dan pengubahsuaian dimulakan dengan menukar model Saga yang menggunakan petrol menjadi kereta berkuasa elektrik sepenuhnya.”Apabila siap kelak, kereta elektrik itu boleh membuat perjalanan hingga sejauh 160 kilometer menggunakan bateri 15 kilowat dan akan mengambil masa tujuh hingga lapan jam untuk mengecas semula dengan cara biasa,” jelasnya.
Spesifikasi kereta elektrik:
Enjin : 47kw AC Induction Motor
Bateri : 300V Lithium Ion Polymer
Pecutan (0-100km/h): 14s
Halaju Maksimum: 120km/h
Jarak Pemanduan : 160km (Combined Cycle)
Berat : 1200kg
Sama kita sokong kereta elektrik Malaysia, Jangan pandang negatif kereta elektrik malaysia. Saintis kita telah bekerja kuat hasil kereta elektrik yang terbaik.
Sumber : Selangor2u.com
0 ulasan:
Post a Comment