Lotus anak syarikat proton akan mengeluarkan model kompak hibrid pada tahun 2013. Model ini dinamakan Lotus Ethos. Sumber berkata, kereta kompak yang akan dikeluarkan itu adalah berasaskan Kereta Konsep Pemanduan Bandar Lotus, yang hampir menyamai model konsep, Proton Emas, yang pernah dipamerkan kumpulan itu di Pameran Kereta Antarabangsa Geneva Ke-80 pada awal tahun lalu.
Lotus adalah pengeluar kereta mewah kedua UK selepas Aston Martin dengan kerjasama Toyota yang bercadang mengeluarkan kereta kompak yang dikenali sebagai Aston Martin Conygnet yang dibangunkan berasaskan model Toyota iQ dan mula dikeluarkan hujung tahun lalu.
Sumber berkata, Lotus Ethos dengan 3.5 meter panjang itu adalah lebih besar sedikit berbanding Aston Martin Cygnet and Toyota iQ.
“Ia adalah lebih besar berbanding Toyota iQ, tetapi ia tetap kecil, mungkin saiznya hampir sama dengan Toyota Aigo.
“Ethos baru itu menggunakan enjin hibrid. Ia dijangka menawarkan sumber tenaga seperti yang dipamerkan pada versi konsep iaitu dilengkapi pacuan hibrid yang dipadukan dengan enjin petrol tiga silinder 1.2 liter,” jelas beliau.
Model baru itu katanya, berkeupayaan untuk dipandu pada jarak sehingga 60 kilometer (km) dengan menggunakan kuasa elektrik semata-mata.
Bagaimanapun, katanya, jika menggunakan enjin yang dipertingkatkan, Ethos dijangka berupaya mencapai jarak sehingga 500km dengan kuasa elektrik.
Dengan berat kurang daripada 1400 kilogram, model itu mampu memecut daripada sifar hingga 50 km sejam (km/h) dalam tempoh 4.5 saat dan hingga 100km/h da- dalam tempoh sembilan saat. Halaju maksimumnya pula adalah 170 km/h.
Pada Jun lalu, Proton memperoleh modal berjumlah 270 juta pound (RM1.33 bilion) untuk membiayai pelan transformasi perniagaan lima tahun Group Lotus bagi membolehkan pengeluar kereta sport berprestij itu kembali menjana keuntungan menjelang 2014.
0 ulasan:
Post a Comment