HOTLINE:|>> 012-2584831 EN.NIZAM ATAU 012-2956994 HJ.IBRAHIM

Saturday, 7 January 2012

pors S-Max menawarkkan ruang kargo lebih besar

ford SDAC baru-baru ini menambah rangkaian model sedia ada dengan dua model terbarunya. Sedan Mondeo dalam gred Titanium (Mondeo Titanium) dan kenderaan pelbagai guna (MPV), S-Max.


Enjin EcoBoost

Persamaan paling ketara antara Mondeo Titanium dan S-Max ialah kedua-dua jentera tersebut menggunakan unit enjin terbaru daripada Ford. Dikenali sebagai EcoBoost, enjin empat silinder bersesaran 2.0 liter itu membuat debut menerusi dua model tersebut. Disifatkan sebagai enjin yang lebih kuasa dan kurang penggunaan minyak, ia menawarkan kuasa yang terbaik dalam kelasnya. Prestasi itu dipadatkan ke dalam satu pakej lebih kompak, efisien dan kurang emisi. Ford mendakwa enjin EcoBoost membantu meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 20 peratus, di samping pengurangan emisi mencecah 15 peratus. EcoBoost menggabungkan sebuah unit turbocharger dengan sistem pancitan terus bahan api.

a menyediakan kuasa yang lebih baik dan pecutan pantas. Kuasa maksimum yang mampu dijananya ialah 203PS @ 6,000rpm dan tork puncak 300Nm @ 4,500rpm. Bagi jarak 100 kilometer, EcoBoost hanya menggunakan sebanyak 8.1 liter petrol

Mondeo Titanium

Sebagaimana sedia maklum, Mondeo sudah ditawarkan oleh SDAC sejak November 2009. Kalau dinilai dari segi ciri yang ada pada Mondeo dan tawaran harganya, sedan eksekutif itu sememangnya berbaloi untuk dimiliki. Kini, model dengan enjin 2.3 liter itu digantikan dengan Mondeo Titanium yang dilengkapi dengan pelbagai ciri pintar bersama rekaan kinetik. Rekaan kinetik itu terserlah menerusi penampilannya yang energetik. Bampar hadapan, belakang dan cermin sisi semuanya menerima sentuhan baru. Perkara yang lebih menarik boleh anda dapati ketika masuk ke dalam kabinnya. Mondeo Titanium menjanjikan pemanduan yang selesa, senyap dan menenangkan. Teknologi terkini yang dipasang pada model itu ialah Human Machine Interface (HMI).

Ford S-Max – Kereta MPV

S-Max merupakan percubaan pertama Ford untuk bersaing dalam segmen MPV. Selama ini, segmen MPV buatan Eropah cuma dihuni oleh beberapa model termasuklah Renault Espace, Peugeot 5008 dan Citroen C4 Grand Picasso. Berkongsi platform sama dengan Mondeo, S-Max bagaimanapun mampu bertindak sebagai sebuah MPV yang boleh menempatkan tujuh orang penumpang dengan selesa. Justeru, ia sememangnya sebuah kenderaan ideal untuk keluarga. “Ford S-Max yang baru menampilkan rupa luaran kemas. Ia menggabungkan penambahbaikan signifikan dan kefungsian yang memastikan sesiapa sahaja mengalami pengalaman pemanduan yang selesa serta penuh gaya,” tambah Westerman.



S-Max menawarkkan ruang kargo lebih besar menerusi sistem Fold Flat Seating yang ada padanya. Anda hanya perlu melipat tempat duduk baris kedua dan ketiga untuk mendapat ruang kargo yang diperlukan.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, S-Max telah memperoleh penarafan lima bintang daripada Euro NCAP. Senarai sistem keselamatannya juga panjang. Antaranya ialah sembilan beg udara, Electronic Stability Program (ESP), Traction Control System (TCS), Hill Launch Assist (HLA), ABS, EBD, ISOFIX dan banyak lagi.



Harga

Mondeo Titanium ditawarkan pada harga di antara RM180,000 hingga RM185,000 seunit.

Sementara S-Max pula boleh dimiliki dengan tanda harga di antara RM185,000 hingga RM188,000 seunit (di atas jalan termasuk insurans) untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia.

Ia juga hadir bersama jaminan tiga tahun dengan pakej servis penuh atau perbatuan sejauh 60,000 kilometer (yang mana tiba dahulu). Terdapat lima warna untuk dipilih iaitu hitam, putih, perak, biru dan hijau. Kedua-dua model itu boleh didapati di semua bilik pameran sah Ford mulai Ogos depan.

0 ulasan:

Post a Comment