HOTLINE:|>> 012-2584831 EN.NIZAM ATAU 012-2956994 HJ.IBRAHIM

Saturday, 7 January 2012

Michelin energy 2011



Pengenalan tayar Energy XM2 bakal memanfaatkan 80% pemilik kenderaan di negara, yang mana terdiri daripada pengguna segmen kereta penumpang kompak dan pertengahan.Di sebalik kemampuan Michelin menghasilkan tayar tahan lama dan penjimatan minyak, syarikat terbabit turut memberi jaminan aspek keselamatan tidak diabaikan.

Teknologi yang digunakan dalam pembangunan tayar Michelin Energy XM2 dikenali teknologi perantara silih ganti, iaitu penekanan tertumpu kepada aspek kebertahanan, penjimatan minyak dan keselamatan.

Keseimbangan prestasi yang ditawarkan tayar Michelin Energy XM2 dirasai apabila penggunaan sebatian hibrid pada model tayar Energy XM1 diperluaskan kepada silika penuh, di mana ia menghasilkan kadar pengurangan ketahanan golekan sebanyak lapan peratus dan penjimatan minyak tambahan turut dipertingkatkan sebanyak 1.1%.

TEKNOLOGI Michelin

Alternating Bridging Technology

Bagi memastikan mutu tayar Michelin yang dihasilkan menerusi Energy XM2 menepati keperluan dan cabaran penggunaan semasa, Michelin memanfaatkan Teknologi Jurang Penggantian (Alternating Bridging Technology) yang memainkan peranan penting dalam memastikan blok bunga tayar lebih tegar dan kukuh.

Lebih Menjimatkan Minyak
Sementara itu, penggunaan minyak dapat dikurangkan apabila silika penuh yang digunakan dalam sebatian getah memainkan peranan mengurangkan geseran antara komponen getah tayar yang membentuk haba.

Apabila penghasilan haba dapat dikurangkan, ia bukan saja mengurangkan penggunaan minyak, faktor tayar lebih fleksibel dapat dipertingkatkan bagi menjamin cengkaman di jalan raya.

Lebih Selamat
Faktor keselamatan tayar Energy XM2 dihasilkan daripada penggunaan sebatian Micro Adaptive dan Optimum Void Grooves, di mana ia mengurangkan risiko hydroplaning dan hilang kawalan ketika pemanduan.



HARGA

Bagi tayar Michelin Energy XM2, ia ditawarkan dalam 22 saiz dan sesuai digunakan untuk rim 14 hingga 16 inci, dengan kelebaran 175 hingga 215.

Harga yang ditawarkan adalah RM217 bagi 14 inci dan RM488 untuk 16 inci.

PERIKSA TAYAR ANDA

Sumber : Michelin Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment