HOTLINE:|>> 012-2584831 EN.NIZAM ATAU 012-2956994 HJ.IBRAHIM

Saturday 7 January 2012

Naza Suria adalah jelmaan Kia Picanto yang masih dijual hingga kini

Picanto generasi kedua, Di negara kita, Naza Suria adalah jelmaan Kia Picanto yang masih dijual hingga kini. Di United Kingdom (UK), Picanto model baru yang merupakan generasi keduanya sudah mula dijual sejak 17 Jun lepas.

Model terbaru itu bakal membuktikan bahawa kereta kecil boleh ditawarkan dengan pelbagai ciri tanpa peningkatan ketara pada kos dan saiznya. Kereta paling kecil keluaran Kia itu mempunyai lebih kuasa. Di samping penggunaan minyak dan emisi yang kurang berbanding model sebelumnya.

Selain itu, Picanto baru nyata semakin bergaya dengan kualiti yang lebih baik tanpa mengenakan harga premium. Ruang dalamannya telah dibesarkan sedikit dan perubahan drastik dapat dilihat pada aspek keselamatan dan kemewahannya.

Kia Picanto ditawarkan dengan enjin baru Kappa bersesaran 1.0 dan 1.25 liter. Model 1.25 liter dipasang dengan teknologi penjimatan minyak Kia iaitu Intelligent Stop & Go [ISG] dan engin stop/start system sebagai alternatif untuk transmisi automatik.

Bagi mereka yang gemarkan imej sporty, Picanto versi tiga pintu akan diperkenalkan dengan gayaan tersendiri. Model itu mempunyai tiang C yang unik. Sementara bampar, gril dan ekzos pasti menyumbang kepada imej sportynya.

Daripada segi saiz pula, Picanto hanya 60 millimeter (mm) lebih panjang daripada model sebelumnya. Jadi, ia cuma menguasai 3.6 meter ruang jalan. Walau bagaimanapun, peningkatan 15mm pada titik roda dan pakej yang bijak telah meningkatkan ruang kabin secara signifikan.

Ruang kaki tempat duduk hadapan ditingkatkan kepada 36mm. Kapasiti ruang bagasi pula bertambah sebanyak 27 peratus kepada 200 liter. Semua itu dicapai tanpa perubahan pada aspek ketinggian atau kelebaran kereta.

0 ulasan:

Post a Comment